Metodologi pendidikan zaman Rasulullah s.a.w. seperti kaedah kuliah, soal jawab, hafazan, perdebatan, halaqah dan perbincangan telah diteruskan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam sistem pendidikan di samping pengubahsuaian mengikut kumpulan yang berbeza-beza; antara kelompok itu ada golongan intelek, masyarakat awam dan kumpulan lembap/mundur.
Saidina Umar al-Khattab meneruskan kaedah pembelajaran sebelum ini disamping memantapkan lagi pendidikan agama dengan memperbaharui metodologi pendidikan:
(i) Menyusun metodologi pengajaran agama yang sesuai untuk saudara baru memeluk Islam.
(ii) Menggalak dan mengambil berat tentang metodologi pendidikan bertujuan untuk mengelak daripada salah faham mengenai keimanan dan soal-soal ibadah, mengajar Quran serta aqidah.
(iii)Di Kufah ramai cerdik pandai yang bertugas sebagai pendidik.
Metodologi pendidikan yang digunakan semasa khalifah Uthman ibn Affan ialah kaedah hafazan dan latihan berserta contoh, hafazan dan latihan, ceramah, diskusi, soal jawab yang lebih mendalam daripada kaedah yang ada sebelum ini.
Saidina Ali ibn Abi Talib meneruskan metodologi pembelajaran khalifah-khalifah sebelumnya tetapi penyusunan kaedah baru tidak dinyatakan kerana zaman ini merupakan zaman kekacauan (unrest), fitnah dan perang saudara sesama Islam. Aktiviti pendidikan tetap diteruskan demi menyatupadukan umat Islam. Antara metodologi yang menyerlah kaedah contoh dan tauladan, contohnya melalui wasiatnya kepada puteranya Hassan dan Hussin.